Sri Lanka guna dana Covid-19 beli ubatan penting - Utusan Malaysia

Sri Lanka guna dana Covid-19 beli ubatan penting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Seri Lanka akan membelanjakan sebanyak 1.8 bilion rupee (RM22 juta) daripada dana Covid-19 bagi mengimport ubat-ubatan yang diperlukan oleh rakyat negara ini.

Presiden Gotabaya Rajapaksa mengarahkan para pegawainya supaya menggunakan Dana Penjagaan Kesihatan dan Keselamatan Sosial Covid-19 bagi mengimport ubat-ubatan utama.

Lapor Daily Mirror Sri Lanka, dana itu diperoleh hasil daripada sumbangan penderma sebelum ini yang bertujuan memerangi penularan wabak Covid-19.

Sejak dilanda krisis ekonomi terburuk, negara ini berdepan dengan kekurangan barangan asas dan bahan api yang menjejaskan kegiatan harian masyarakat, selain kadar inflasi mencecah 40 peratus pada bulan lalu, tertinggi yang pernah direkodkan.

Sri Lanka ketika ini giat mengadakan perbincangan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk mendapatkan bantuan pinjaman segera.

Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe pada Khamis lalu memaklumkan keputusan rundingan itu dijangka dimuktamadkan pada akhir bulan ini.

Beliau memaklumkan, Sri Lanka turut menghubungi Jepun untuk mendapatkan bantuan biarpun hubungan kedua-dua negara sebelum ini goyah.

Selain itu, India turut menjadi pilihan utama untuk Colombo mendapatkan bantuan segera memandangkan situasi di negara ini semakin tidak menentu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.