Salah guna steroid, lelaki Britain alami pembesaran payu dara

Salah guna steroid, lelaki Britain alami pembesaran payu dara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Puluhan ribu lelaki warga Britain berisiko mengalami pembesaran payu dara akibat penggunaan steroid yang salah.

Dianggarkan sejuta lelaki dan wanita di United Kingdom (UK) dianggarkan menggunakan steroid anabolik atau dadah perangsang yang lain untuk kelihatan lebih berotot dan sihat.

Trend itu mula menunjukkan peningkatan sejak sedekad lalu berikutan pengaruh media sosial.

Antara kesan sampingan yang paling biasa berlaku akibat penggunaan steroid yang salah dalam kalangan lelaki adalah pembesaran tisu payu dara atau secara perubatannya dikenali sebagai ‘gynaecomastia’.

Pakar bedah di Klinik Signatures, Dr. John Skevofilax mendakwa, jumlah pesakit lelaki yang datang kepadanya untuk menjalani pembuangan mengecilkan payu dara akibat penyalahgunaan steroid semakin bertambah.

Katanya, beliau sudah menjalankan lebih 600 pembedahan gynaecomastia sejak 2020 dan percaya masih ramai yang berdepan masalah itu tetapi enggan mendapatkan rawatan kerana perasaan malu.

“Puluhan ribu lelaki berdepan risiko mengalami gynaecomastia kerana mereka sering mengambil dadah perangsang.

“Kebanyakannya juga tidak merujuk kepada pakar perubatan sebelum mengambil bahan tersebut,” katanya seperti yang dilaporkan Daily Mail.

Gynaecomastia berlaku apabila terdapat banyak estrogen yang merupakan hormon wanita di dalam badan lelaki.

Masalah itu juga boleh berlaku apabila golongan lelaki berhenti sepenuhnya menggunakan steroid, selain mengalami masalah berat badan.

Penggunaan steroid dan dadah perangsang yang lain semakin mendapat sambutan dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat bagi mendapatkan bentuk badan yang menarik seperti yang sering dipaparkan dalam media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya