Remaja bunuh mak tiri, tak setuju bapa kahwin lagi

Remaja bunuh mak tiri, tak setuju bapa kahwin lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATERA SELATAN: Seorang remaja berusia 18 tahun nekad membunuh ibu tirinya gara-gara tidak bersetuju bapanya berkahwin lagi di Kampung Tanjung Baru, Tanjung Lebat di Lahat. 

Lapor Kompas.com, Pegawai Polis Kota Agung berkata, mangsa dikenali sebagai Desa Satriani berasal dari Desa Tekul, Pagar Gunung. 

Katanya, kejadian berlaku di rumah seorang penduduk bernama Jangsani di Desa Kedaton, sekitar pukul 6.30 petang. 

“Semasa kejadian, wanita itu sedang mengunjungi Jangsani untuk bertemu rakannya yang lain, Ayu. 

“Tiba-tiba, pelaku datang membawa senapang angin dan mangsa terus mengunci pintu rumah,” katanya. 

Menjelang malam, Satriani dilaporkan keluar dari rumah dan tiba-tiba terdengar bunyi tembakan senapang angin. 

Katanya, wanita itu menyedari pinggulnya panas dan berdarah. 

“Mangsa mengalami kecederaan akibat ditembak dan dibawa ke hospital. 

“Suspek pula melarikan diri dari lokasi kejadian serta-merta,” katanya. 

Difahamkan, remaja itu pulang ke rumah dan bertemu ayahnya, Carli di Desa Tanjung Baru. 

Jelasnya, Carli menasihati anaknya, namun pelaku berasa kesal dan menembak kaki ayahnya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.