PM Thailand bimbang tentera, polis guna ganja - Utusan Malaysia

PM Thailand bimbang tentera, polis guna ganja

THAILAND membenarkan penanaman ganja di rumah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha melarang anggota tentera menggunakan kanabis (ganja) dan menyuarakan kehendaknya supaya dadah jenis itu diharamkan di Parlimen.

Timbalan jurucakap untuk Kementerian Pertahanan, Kolonel Jittanat Punnothok, berkata Prayut yang juga menggalas jawatan sebagai Menteri Pertahanan mengarahkan kesemua tiga cabang pasukan tentera untuk mematuhi arahan berkenaan.

Perintah itu turut termaktub terhadap polis dan Jabatan Perhubungan Awam Kerajaan, sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang awam mengenai risiko penggunaan dan penanaman ganja.

Lapor Bangkok Post, penguatkuasa utama terhadap larangan tegas untuk kegunaan ganja secara rekreasi dalam kalangan penjawat dan mereka diberi amaran supaya tidak mempromosikan penggunaan bahan itu menerusi media sosial.

“Kesemua organisasi di bawah Kementerian Pertahanan mesti mengikut peraturan Kementerian Kesihatan Awam mengenai penggunaan ganja. Mereka dibenarkan untuk menggunakan ganja bagi tujuan perubatan tetapi bukan untuk kegunaan rekreasi,” kata Jittanat

Sementara itu, Parti Demokrat memohon Spekaer Parlimen, Chuan Leekpai untuk menjadikan Parlimen zon bebas ganja kerana penggunaan itu boleh mengakibatkan keletihan dan isu kesihatan lain.

Ahli Parlimen Parti Demokrat, Pisit Leeahtam, Jumaat lalu berkata walaupun tumbuhan itu dinyahsenarai daripada senarai narkotik Kategori 5, Parlimen sepatutnya menjadi satu zon bebas ganja.

Ia seperti dilaksanakan di Universiti Mahidol dan semua sekolah yang beroperasi di bawah Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA).

Ahli Parlimen Parti Bhujaithai, Supachai Jaisamut selaku Presiden Jawatankuasa Draf Akta Kanabis dan Hemp berkata, terhadap keperluan untuk menggariskan lebih perincian ke atas akta terbabit kerana terdapat had jumlah pokok yang dibenarkan untuk ditanam.

Kata beliau, jawatankuasa itu akan menjemput organisasi antarabangsa untuk menyemak draf akta terbabit bagi melindungi kesihatan dan keselamatan awam.

Persatuan Perubatan Penerbangan Thailand (AMAT) dan Institut Tentera Udara dan Perubatan Penerbangan turut mengemukakan satu kenyataan pada semalam, yang mengkehendaki semua juruterbang serta kakitangan yang bekerja dalam industri penerbangan untuk tidak menggunakan ganja kerana boleh menghalang perkembangan prestasi juruterbang.

Dalam perkembangan lain, Kedutaan Thailand di Jepun memberi amaran kepada rakyat negaranya supaya tidak memasuki Jepun dengan membawa bersama ganja atau produk berkaitan.

Menurut kedutaan itu, pemilikan ganja untuk tujuan import serta eksport bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga tujuh tahun di Jepun.

Sementara pemilikan bahan itu untuk penjualan pula, hukuman penjara sehingga 10 tahun bakal menanti pesalah dan denda sehingga tiga juta yen.

Thailand adalah negara pertama di Asia Tenggara yang mengeluarkan pemilikan tumbuhan itu untuk kegunaan daripada senarai jenayah, selepas pihaknya menyenaraikannya dalam senarai narkotik Kategori 5 pada 9 Jun lalu.

Pihak berkuasa narkotik negara itu hanya membenarkan penggunaan pada tahap kurang 0.2 peratus tetrahydrocannabinol (THC) iaitu bahan psikoaktif kanabis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya