Pihak pengurusan nafi tawaran lumayan hidupkan watak Jack Sparrow

Pihak pengurusan nafi tawaran lumayan hidupkan watak Jack Sparrow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pihak pengurusan Johnny Depp menafikan pelakon itu sedang dalam perbincangan untuk menghidupkan semula watak sebagai Kapten Jack Sparrow menerusi sekuel filem Pirates of the Carribean 6.

Jurucakap Depp memberitahu NBC News, berita pelakon itu kembali melakonkan watak utama dalam sekuel itu adalah rekaan semata-mata.

“Ia dibuat-buat,” kata wakil Depp.

Sebelum ini, seorang sumber dalaman mendedahkan pihak Disney menawarkan AS$301 juta (RM1.3 bilion) kepada Depp untuk membintangi semula sekuel filem itu.

Disney kononnya menunjukkan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan Depp dan sudah menghubunginya, baru-baru ini.

Nama Depp mendapat perhatian seluruh dunia selepas menang dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap bekas isterinya, Amber Heard.

Memetik laporan Vulture, tujuh juri sebulat suara memutuskan Depp berjaya dalam kes samannya dan menganugerahkan ganti rugi sebanyak AS$15 juta (RM65.8 juta).

Heard diperintahkan membayar ganti rugi pampasan sebanyak AS$10 juta (RM43.9 juta) berserta ganti rugi punitif AS$5 juta (RM21.9 juta) kepada bekas suaminya.

Selain itu, barisan juri turut menganugerahkan Heard ganti rugi sebanyak AS$2 juta (RM8.78 juta) bagi satu daripada tiga tuntutan saman balas terhadap Depp.

Barisan juri mencapai keputusan itu selepas perbincangan selama 12 jam, dalam perbicaraan selama enam minggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.