Johnny Depp ditawar RM1.3 bilion jayakan semula watak Jack Sparrow

Johnny Depp ditawar RM1.3 bilion jayakan semula watak Jack Sparrow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pelakon Johnny Depp, 59, ditawarkan bayaran AS$301 juta (RM1.3 bilion) oleh Disney untuk membintangi semula sekuel filem Pirates of The Caribbean.

Lapor New York Post, sumber dalaman Disney menunjukkan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan Depp dan sudah menghubunginya, susulan kemenangan kes saman terhadap bekas isteri, Amber Heard.

“Mereka cuba mendapatkan pelakon itu selepas kes perbicaraannya bersama Amber dan bertanya sekiranya dia berminat kembali berlakon untuk satu atau dua filem itu.

“Tawaran itu adalah untuk Johnny Depp kembali menghidupkan watak Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean 6 serta putaran cerita mengenai kehidupan awal Captain of the Black Pearl untuk Disney Plus,” kata sumber itu.

Difahamkan, Disney sudah menyiapkan draf untuk watak Jack Sparrow dalam projek akan datang itu.

Syarikat produksi terbabit sangat berharap Depp akan memaafkan mereka dan kembali menjayakan watak ikonik itu.

Depp melakonkan watak Jack Sparrow dalam lima sekuel terdahulu filem ‘Pirates’ sejak 19 tahun lalu.

Bagaimanapun, dia digugurkan daripada sekuel berkenaan pada 2018.

Penampilan terakhirnya adalah menerusi sekuel Black Pearl in Dead Men Tell No Tales pada 2017.

Pirates of the Caribbean merupakan sebuah filem trilogi pengembaraan yang diarahkan oleh Gore Verbinski, ditulis oleh Ted Elliott dan Terry Rossio serta diterbitkan oleh Jerry Bruckheimer.

Filem ini diterbitkan buat pertama kali di layar perak pada 9 Julai 2003 dengan filem Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya