Pernah dituduh menipu, pendaki tebus maruah daki Everest hingga puncak - Utusan Malaysia

Pernah dituduh menipu, pendaki tebus maruah daki Everest hingga puncak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Seorang pendaki India yang diharamkan dari Everest selepas memalsukan pendakian ke puncak gunung tertinggi di dunia itu akhirnya berjaya mendaki puncak gunung tertinggi dunia itu secara nyata.

Narender Singh Yadav, 26, mendakwa sudah tiba ke puncak gunung setinggi 8,849 meter (m) pada Mei 2016.

Namun, gambar lelaki itu kemudiannya dibuktikan sudah diubah suai secara digital, mendorong kerajaan Nepal untuk membatalkan pengiktirafan pencapaiannya.

Susulan itu, Yadav dan dua pendaki lain dikenakan larangan mendaki Everest enam tahun bermula 2016, dan ini adalah tahun pertama dia dapat kembali ke gunung itu.

“Everest adalah impian untuk kita semua tetapi Everest adalah kehidupan untuk saya.

“Terdapat banyak dakwaan terhadap saya… sebab itu saya (terpaksa) membuktikan diri dan mendaki Everest hingga ke puncak,” katanya.

Yadav menegaskan sebelum ini dia sampai ke puncak tetapi ketua ekspedisi itu mengubahsuai gambarnya dan menyiarkannya di media sosial selepas dia dicalonkan untuk Anugerah Pengembaraan Tenzing Norgay India yang berprestij pada 2020.

Anugerah itu kemudiannya ditahan, pengalaman yang disifatkan Yadav sebagai ‘sangat menyakitkan bagi dia dan keluarganya’.

Larangannya tamat pada 20 Mei lalu dan tujuh hari kemudian, dia berada di puncak dengan simpanan foto dan video yang mencukupi untuk membuktikan kejayaannya.

“Kami memberikannya sijil Rabu lalu selepas dia membentangkan bukti yang mencukupi mengenai kejayaannya ke kemuncak Everest,” kata pegawai jabatan pelancongan Nepal, Bishma Raj Bhattrai. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.