Perintah berkurung Covid-19 punca penggunaan ganja meningkat

Perintah berkurung Covid-19 punca penggunaan ganja meningkat

SEJUMLAH pokok ganja dipamerkan kepada umum selepas Thailand 'menghalalkan' dadah tersebut sebagai tanaman komersial. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENNA: Kebenaran penggunaan ganja dan perintah berkurung akibat Covid-19 menyebabkan berlaku lonjakan penggunaan bahan tersebut secara tetap di beberapa kawasan, termasuk sejumlah negeri di Amerika Syarikat (AS).

Situasi itu sekali gus meningkatkan risiko kemurungan dan bunuh diri, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang disiarkan semalam.

Pejabat Dadah dan Jenayah PBB (UNODC) menerusi Laporan Dadah Dunia yang diterbitkan setiap tahun menyatakan, ganja menjadi dadah paling banyak digunakan di seluruh dunia dan penggunaannya dilaporkan semakin meningkat.

Beberapa negeri di AS membenarkan penggunaan ganja bukan untuk tujuan perubatan, bermula di Washington dan Colorado pada 2012.

Jelas UNODC, penggunaan ganja secara tidak langsung mempercepatkan peningkatan trend penggunaan harian dadah tersebut.

Katanya, walaupun jumlah remaja yang menggunakan ganja tidak banyak berubah, namun terdapat peningkatan ketara bagi kekerapan penggunaan produk ganja yang kuat dalam kalangan golongan tersebut.

“Jumlah individu yang mengalami kemurungan dan bunuh diri akibat penggunaan ganja turut meningkat,” jelas badan itu.

Laporan itu juga mendedahkan 284 juta individu atau 5.6 peratus daripada populasi dunia menggunakan dadah seperti heroin, kokain, amphetamine atau ekstasi sepanjang 2020 dengan 209 juta daripadanya menggunakan ganja.

“Tempoh berkurung akibat pandemik Covid-19 juga mendorong peningkatan penggunaan ganja pada 2020,” menurut laporan berkenaan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.