Pelumba basikal rempuh isteri di garisan penamat - Utusan Malaysia

Pelumba basikal rempuh isteri di garisan penamat

LUIS Carlos Chia merempuh isterinya, Claudia Roncancio di garisan penamat selepas meraih kemenangan dalam jelajah berbasikal Vuelta a Colombia. - TWITTER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Seorang pelumba basikal secara tidak sengaja merempuh isterinya di garisan penamat selepas memenangi peringkat ketiga dalam jelajah berbasikal Vuelta a Colombia, Ahad lalu.

Insiden itu berlaku ketika wanita itu sedang mengambil gambar Luis Carlos Chia yang berjaya melintasi garisan penamat terlebih dahulu.

Lapor Daily Mail, rakaman langsung menunjukkan Claudia Roncancio dalam keadaan terbaring dengan matanya terbuka serta kelihatan tidak bermaya di belakang garisan penamat.

Rakaman tersebut turut memaparkan Chia yang cedera akibat rempuhan itu, dibantu oleh beberapa individu untuk turun daripada basikalnya.

Roncancio, yang merupakan bekas pelumba basikal dan kini mengembara bersama suaminya, dibawa ke hospital selepas insiden itu.

Media tempatan melaporkan Roncancio diletakkan dibawah penjagaan dan memerlukan jahitan pada luka di kepalanya.

Sementara itu, Chia menegaskan Roncancio masih dalam keadaan sedar selepas rempuhan itu walaupun beberapa rakaman televisyen menunjukkan wanita itu kelihatan sudah pengsan.

“Doktor sudah memeriksa isteri saya dan memaklumkan dia alami trauma selepas rempuhan itu. 

 “Roncancio tahu akan ada pecutan di garisan penamat dan saya tak faham mengapa dia tidak keluar dari kawasan itu,” katanya. 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN