Lembu dijangkiti FMD, penternak kerugian RM2.5 juta

Lembu dijangkiti FMD, penternak kerugian RM2.5 juta

PENTERNAK kerugian 3.5 juta rupiah bagi setiap seekor lembu yang dijangkiti penyakit tersebut. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDUNG: Wabak penyakit mulut dan kuku (FMD) yang menyerang ribuan haiwan ternakan, terutamanya lembu di Bandung Barat, Jawa Barat memberi kesan besar terhadap pembangunan ekonomi di wilayah ini.

Jabatan Perikanan dan Penternakan bandung Barat menyatakan, kerugian ekonomi yang dialami golongan penternak mencecah sehingga 8.5 bilion rupiah (RM2.5 juta).

Jumlah itu direkodkan sejak banyak haiwan ternakan dijangkiti FMD sejak 27 Mei lalu.

Ketua jabatan itu, Undang Husni Tamrin menjelaskan, jumlah kerugian itu dicatatkan daripada kiraan hasil jualan yang dilakukan oleh para penternak, termasuk pengeluaran susu.

“Sehingga kini, nilai kerugian yang dijangka adalah sebanyak 8.5 bilion rupiah. Mungkin jumlah itu lebih tinggi daripada situasi sebenar.

“Kita akan melakukan penelitian menyeluruh berhubung isu ini bagi memastikan sektor penternakan di Bandung Barat kembali stabil,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Katanya, bagi setiap seekor haiwan ternakan yang dijangkiti FMD, penternak terpaksa menanggung kerugian sehingga 3.5 juta rupiah (RM1,038).

Jelasnya, tempoh masa jangkitan bagi setiap haiwan ternakan mengambil masa 14 hari sebelum pulih dan keadaan itu merugikan penternak kerana tidak dapat menjual atau mengambil susu haiwan itu.

“Selain itu, para penternak juga terpaksa menanggung kos rawatan bagi memastikan haiwan ternakan kembali sihat dan tidak berjangkit dengan yang lain,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya