Kanak-kanak patah 100 tulang sejak dilahirkan

Kanak-kanak patah 100 tulang sejak dilahirkan

ROHIT tidak mampu melakukan rutin harian tanpa bantuan ibunya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UTTAR PRADESH: Seorang kanak-kanak lelaki di sini pernah mengalami patah 100 tulang sejak dia dilahirkan berikutan menderita penyakit tulang rapuh yang serius.

Lapor Daily Mail, Rohit yang berusia 12 tahun mendapat jolokan ‘tulang kaca’ daripada penduduk setempat kerana masalah yang dihadapinya.

Tahap kerapuhan tulang Rohit amat kritikal sehinggakan tulangnya boleh patah jika tersalah sentuh.

Keadaannya itu menyebabkan Rohit tidak dapat menikmati kehidupannya seperti kanak-kanak lain, malah tumbesarannya juga terbantut iaitu mempunyai berat 15 kilogram dan setinggi 43 sentimeter.

Rohit tidak mampu melakukan aktiviti hariannya tanpa bantuan ibunya.

Sejak dilahirkan, Rohit pernah patah 100 tulang dengan purata lapan tulang patah setiap tahun.

Keadaan fizikal Rohit tidak membolehkannya menghadiri sekolah, menyebabkan kakaknya mengajar dia membaca serta mengira di rumah, selain perlu menanggung kesakitan setiap hari.

Biarpun fizikalnya tidak sempurna, Rohit bercita-cita untuk menjadi penyanyi apabila dewasa kelak.

Sehingga kini, tiada ubatan khusus untuk merawat penyakit tulang rapuh selain meningkatkan perlindungan dan menguatkan tulang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.