Jurulatih judo 'hempas' pelajar 27 kali sehingga maut - Utusan Malaysia

Jurulatih judo ‘hempas’ pelajar 27 kali sehingga maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Seorang jurulatih seni mempertahankan diri judo dihukum penjara sembilan tahun selepas didapati bersalah menghempas pelajarnya yang berusia tujuh tahun beberapa kali sehingga menyebabkan kanak-kanak itu meninggal dunia.

Kanak-kanak itu yang hanya dikenali sebagai Huang dikejarkan ke hospital di bandar Taichung pada April tahun lalu selepas dia dilaporkan dihempas sebanyak 27 kali oleh jurulatuhnya, Ho Tsung-le.

Kanak-kanak itu kemudiannya koma selama 70 hari dengan pendarahan dalam otak serta mengalami masalah pernafasan dan kegagalan fungsi organ sebelum ibu bapanya memutuskan untuk menutup mesin bantuan pernafasan.

Mahkamah Daerah Taichung memutuskan Tsung-le memaksa kanak-kanak itu mematuhi arahannya tanpa memikirkan akibat yang bakal berlaku, termasuk menyebabkan kematian.

Namun, ibu bapa mangsa tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut yang disifatkan ‘terlalu ringan’ dan bakal membuat rayuan.

Insiden itu bermula selepas Tsung-le mengarahkan mangsa berlatih teknik hempasan bersama rakan sekelas, namun arahannya ditolak.

Berang dengan perkara itu, Tsung-le kemudiannya ‘menunjukkan beberapa teknik hempasan pihak lawan’ dengan menjadikan mangsa sebagai contoh.

Mangsa sempat memberitahu kepada jurulatihnya bahawa dia mengalami sakit kepala, namun aduan itu tidak dihiraukan Tsung-le, malah dia meneruskan menghempas mangsa sehingga kanak-kanak itu muntah dan tidak sedarkan diri. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya