Indonesia hadkan jumlah kemasukan pelancong ke taman komodo

Indonesia hadkan jumlah kemasukan pelancong ke taman komodo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Indonesia akan mengehadkan jumlah kehadiran pelancong ke Taman Nasional Komodo di Nusa Tenggara Timur (NTT) menjadi 200,000 setiap tahun bermula 1 Ogos ini.

Lapor CNN Indonesia, para pelancong diwajibkan membeli tiket kemasukan secara dalam talian atau mereka tidak dibenarkan memasuki taman nasional tersebut.

Berdasarkan Kajian Keupayaan Ekosistem di taman tersebut, jumlah pelancong yang ideal adalah seramai 219,000 setiap tahun dan jumlah maksimum pula seramai 292,000 orang, namun kerajaan menetapkan jumlah kemasukan pelancong hanya sebanyak 200,000 setahun.

“Kita tidak mahu taman komodo terlalu sesak dengan pelancong yang boleh menjejaskan ekosistem haiwan berkenaan.

“Sehubungan itu, pihak berkuasa menetapkan jumlah pelancong yang dibenarkan mengunjungi taman itu adalah seramai 200,000 orang setiap tahun bermula tahun ini,” kata Penyelaras Pelaksana Program Keupayaan Ekosistem, Carolina Noge.

Carolina turut memaklumkan harga tiket masuk ke taman itu ditetapkan sebanyak 3.75 juta rupiah (RM1,112) bagi setiap pelancong dan sah digunakan selama setahun.

Dalam pada itu, ketua kajian tersebut, Irman Firmansyah menjelaskan, orang ramai dinasihatkan supaya mengunjungi zoo jika hanya ingin melihat komodo, tanpa perlu ke taman nasional berkenaan.

“Kita pergi ke taman nasional kerana ingin melihat habitat asal komodo dan memahami sifat haiwan tersebut, tapi jika sekadar ingin lihat haiwan itu, anda boleh pergi zoo,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN