Ibu kecewa anak gadis bawah umur pilih lelaki 50 tahun jadi suami

Ibu kecewa anak gadis bawah umur pilih lelaki 50 tahun jadi suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA: Seorang lelaki berusia 50 tahun bernikah dengan gadis bawah umur atas alasan isterinya tidak menguruskan kehidupan hariannya sejak belasan tahun lalu. 

Lapor Tribunnews, kisah perkahwinan itu menjadi tular selepas ibu pengantin perempuan memuat naik kisah tersebut dalam sebuah kumpulan Facebook. 

Wanita itu mengadu mengenai anaknya yang masih berusia 16 tahun hendak dinikahkan dengan seorang Ketua Kampung Kedung Banteng. 

“Ini anak saya yang hendak dinikahkan dengan lelaki berusia 50 tahun. 

“Dia mengaku kepada anak saya dia sudah bercerai dan sudah 13 tahun tidak diuruskan isterinya. Saya berharap ada penyelesaian mengenai isu ini,” luahnya.

Difahamkan, lelaki tersebut berkenalan dengan gadis remaja itu menerusi Facebook dan pernah mengajak keluar berjumpa beberapa kali.

Sedangkan, lelaki itu sudah memiliki isteri yang bekerja di Taiwan. 

Lebih menyedihkan, ibu gadis itu memberitahu bekas suaminya turut dihalau menjadi wali nikah ketika upacara akad nikah berlangsung. 

“Pernikahannya 4 Jun lalu dan bapanya datang ke majlis itu, tetapi dihalau keluar. Tahu-tahu sahaja sudah sah bernikah. 

“Saya tidak dapat menerima kenyataan ini,” katanya yang turut membuat laporan polis. 

Ketua Jabatan Pemerkasaan Wanita, Perlindungan Anak dan Perancangan Keluarga wilayah Ngawi, Nugrahaningrum berkata, pernikahan tersebut dibatalkan serta-merta. 

Katanya, ini disebabkan pihak keluarga perempuan melahirkan kebimbangan mengenai usia anak mereka yang masih di bawah umur. 

“Selain tular, perkara paling utama adalah status lelaki tersebut yang masih beristeri,” katanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.