Gelombang jangkitan Omicron kembali merebak

Gelombang jangkitan Omicron kembali merebak

SUBVARIAN Omicron BA.4 dan BA.5 akan menular pantas di seluruh Eropah beberapa minggu lagi.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Satu kajian mendapati subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 tidak bertindak balas dengan antibodi dalam kalangan individu yang pernah dijangkiti Covid-19 mahupun yang sudah divaksin.

CNN melaporkan, data baharu daripada penyelidik di Sekolah Perubatan Harvard, Pusat Perubatan Beth Israel Deaconess bagaimanapun menjelaskan vaksinasi Covid-19 masih memberikan perlindungan besar terhadap serangan penyakit yang lebih teruk.

Pembuat vaksin kini mengusahakan dos lebih berkesan yang mampu memberikan tindak balas imun yang lebih kuat terhadap varian tersebut.

Penyelidikan baharu yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan New England mendapati tahap antibodi peneutralan yang muncul akibat jangkitan wabak atau suntikan vaksin adalah beberapa kali lebih rendah berbanding subvarian BA.4 dan BA.5.

Pengarah Pusat Penyelidikan Virologi dan Vaksin di pusat perubatan itu, Dr. Dan Barouch berkata, data menunjukkan subvarian Omicron baharu berkemungkinan menyebabkan lonjakan jangkitan pada populasi yang mempunyai tahap imuniti vaksin yang tinggi serta imuniti BA1 dan BA2 semulajadi.

“Hasil pemerhatian mendapati berlaku pengurangan tiga kali ganda antibodi yang dineutralkan disebabkan oleh vaksinasi dan jangkitan terhadap BA.4 dan BA.5 berbanding BA.1 dan BA.2 yang jauh lebih rendah daripada varian Covid-19 asal,” jelasnya.

Kajian itu merumuskan virus tersebut tidak bertindak balas dengan antibodi dari saluran darah individu yang sudah divaksin dan menerima dos penggalak sekali gus meningkatkan risiko jangkitan Covid-19.

Dalam pada itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) menganggarkan 94.7 peratus penduduk negara itu berusia 16 tahun ke atas mempunyai antibodi terhadap Covid-19 melalui vaksinasi, jangkitan atau kedua-duanya.

Data dari pusat kawalan itu mendapati varian BA.4 dan BA.5 menyebabkan 35 peratus jangkitan Covid-19 baharu di AS, minggu lalu.

Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah, varian itu dikenal pasti sebagai penyebaran terpantas yang dijangka mendominasi penularan Covid-19 di AS, United Kingdom dan seluruh Eropah dalam beberapa minggu akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya