Empat maut bas jatuh gaung di Tasikmalaya

Empat maut bas jatuh gaung di Tasikmalaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA: Seramai empat penumpang maut selepas bas yang membawa 59 orang terhumban ke dalam gaung di Jalan Ciinjuk, Rajapolah, Kabupaten Tasikmalaya, hari ini.

Lapor Tribunnews, bas yang membawa rombongan guru Sekolah Rendah Sayang Jatinangor, Kabupaten Sumedang bergerak dari arah Sumedang ke Pangandaran.

Ketua Polis Tasikmalaya, Aszhari Kurniawan berkata, pemandu bas itu dilaporkan mengantuk sebelum bas yang dipandu terhumban ke dalam gaung.

“Pemandu bas yang dikenali sebagai Dedi terlelap selama beberapa saat sehingga menyebabkan bas itu melencong ke kiri dan jatuh ke dalam gaung 10 meter yang mempunyai sungai di bawahnya,” katanya.

Aszhari berkata, seramai 55 penumpang lain mengalami kecederaan akibat kemalangan tersebut.

Kesemua penumpang yang maut berusia antara 30 hingga 64 tahun.

Dua mangsa yang meninggal dunia merupakan pasangan suami isteri yang duduk bersebelahan di bahagian hadapan.

Mangsa dipercayai terperangkap dalam sungai sehingga tidak dapat bernafas.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya