Anthony Fauci positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Anthony Fauci positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr. Anthony Fauci disahkan dijangkiti Covid-19 namun berada dalam keadaan baik.

Memetik laporan Al Jazeera, Institut Kesihatan Negara (NIH) dalam kenyataan memaklumkan Fauci mengalami gejala ringan dan akan terus bekerja dari rumah.

Fauci, 81, yang berkhidmat sebagai ketua penasihat kepada Presiden AS, Joe Biden, dijangkiti virus itu ketika menjalani ujian saringan pantas (RTK) Antigen.

Menurut NIH, Fauci sudah menerima vaksinasi lengkap dan menerima dua dos penggalak.

Beliau dilaporkan tidak mempunyai kontak rapat dengan Biden baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN