15,000 terlibat jenayah perang di Ukraine

15,000 terlibat jenayah perang di Ukraine

SEORANG wanita tidak dapat menahan kesedihan di luar apartmen yang didiaminya di Donbas.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Sebanyak 15,000 suspek terlibat dalam jenayah perang sejak pencerobohan tentera Russia di Ukraine, 24 Februari lalu. 

Daripada angka itu, sebanyak 200 hingga 300 kes harian berkaitan jenayah itu dilaporkan. 

Ketua Pendakwa Raya, Iryna Venediktova berkata, senarai suspek melibatkan pegawai tertinggi tentera, ahli politik dan ejen propaganda Russia. 

Katanya, sebanyak 600 suspek sudah dikenal pasti dan 80 kes pendakwaan sudah dijalankan. 

“Beberapa ribu suspek sudah dikenal pasti berada di wilayah timur Donbas yang menyaksikan pertempuran dahsyat antara tentera Ukraine dan Russia,” katanya. 

Menurut Venediktova, antara dakwaan jenayah perang termasuk pemindahan paksa penduduk melibatkan kanak-kanak ke beberapa kawasan di Russia, pembunuhan orang awam dan menghancurkan infrastruktur awam. 

Walaupun siasatan sudah bermula, pihak berkuasa mempunyai kekangan untuk mengakses kawasan di Russia. 

Bagaimanapun, mereka masih boleh mendapatkan maklumat dengan menemubual pelarian dan banduan perang. 

“Proses penyiasatan sangat sukar apabila pertempuran berlaku dalam masa yang sama,” katanya. 

Venediktova berkata, Estonia, Latvia, Slovakia, Poland dan Lithuania turut membantu menjalankan usaha siasatan itu. 

Russia bagaimanapun menafikan pihaknya terlibat dalam jenayah perang mahupun menjadikan orang awam sebagai sasaran.  

Mahkamah Jenayah Antarabangsa menyifatkan Ukraine sebagai ‘lokasi jenayah’ dan mengerahkan sepasukan besar penyiasat ke negara itu bagi membantu siasatan. 

Mahkamah itu juga berharap dapat membuka pejabatnya di ibu negara, Kyiv.-BBC 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya