NUNUKAN: Sebanyak 14 tan kelapa sawit dilaporkan hanyut di sungai Sei Ular, Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara.
Lapor Kompas.com, Ketua Perhubungan Awam Polis Nunukan, Supriadi berkata, bekalan bahan mentah itu hanyut akibat kapal yang membuat muatan itu tenggelam.
Katanya, kapal KM Al-Sakhi yang membawa empat orang termasuk pemandu asalnya berada dalam keadaan baik semasa berlepas dari Sebuku.
Bagaimanapun, bahagian belakang kapal itu mula bocor sehingga menyebabkan air sungai melimpah masuk.
“Pemandu kapal kemudian berusaha merapatkan kenderaan itu ke pinggir ketika berada di Dermaga Seruyung dan berusaha mengelakkan air masuk lebih banyak.
“Proses tersebut mengambil masa selama sejam sebelum minyak kapal ditukar dan meneruskan perjalan ke Sei Ular,” katanya.
Selepas bergerak dalam 100 meter, Supriadi berkata, kapal itu tiba-tiba menyenget ke kiri dan menyebabkan air masuk semakin banyak ke bahagian belakang.
Jelasnya, akhirnya muatan sawit itu hanyut dibawa arus sungai sebelum kapal tersebut karam.










