Tujuh nelayan Filipina hilang selepas bot langgar kapal kargo - Utusan Malaysia

Tujuh nelayan Filipina hilang selepas bot langgar kapal kargo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Pasukan penyelamat giat menjalankan operasi mencari serta menyelamat tujuh nelayan yang hilang selepas bot mereka berlanggar dengan kapal kargo dalam satu insiden.

Kapal nelayan Filipina dan MV Happy Hiro yang berbendera Kepulauan Palawan, berlanggar di timur Kepulauan Plawan, kata Pengawal Pantai Filipina.

Bot nelayan itu dikatakan terbalik dan karam di Laut Sulu, kata jurucakap pengawal pantai, Commodore Armando Balilo.

Seramai 13 daripada 20 awak-awak yang dihanyutkan itu berjaya diselamatkan bot nelayan lain sebelum dipindahkan ke MV Happy Hiro.

Kesemua mereka dilaporkan cedera ringan.

Pengawal pantai mengerahkan pasukan penyelamat daripada pangkalan terdekat untuk mencari sekitar perairan bagi menyelamatkan tujuh anak kapal itu.

Filipina, sebuah kepulauan dengan lebih 7,000 pulau, mempunyai rekod keselamatan maritim yang lemah.

Kemalangan dan kesesakan melibatkan kapal kecil merupakan insiden biasa di negara ini.

Pada Isnin lalu, tujuh orang terbunuh dan 127 diselamatkan selepas kebakaran berlaku pada sebuah feri menyaksikan sejumlah penumpang terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.

Feri membawa penumpang seramai 186 orang itu berada kira-kira satu kilometer dari Real, di wilayah Quezon di pulau utama Luzon, ketika kebakaran mula berlaku. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya