Tragedi Texas: Miliki wajah sama, transgender disangka pengganas

Tragedi Texas: Miliki wajah sama, transgender disangka pengganas

WAJAH Sam (kiri) yang dikatakan seiras dengan suspek tembakan rambang di sebuah sekolah rendah di Texas.-NBCNEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS: Seorang wanita transgender bimbang mengenai keselamatan dirinya selepas dituduh sebagai suspek yang melakukan tembakan rambang di Sekolah Rendah Robb, di Uvalde, San Antonio.

Lapor Daily Mail, Sam, 20, yang berasal dari Georgia kesal apabila gambarnya ditularkan dalam media sosial selepas seorang pengguna menuduh dirinya bertanggungjawab terhadap kematian 21 mangsa. 

Malah, berita palsu itu turut dikongsikan oleh anggota parti Republik, Paul Gosar dalam Twitter sebelum dipadamkan. 

“Ini bukan kali pertama saya dimalukan begini, tetapi ini adalah kali pertama saya dituduh membunuh. 

“Saya juga menerima pelbagai ancaman dan gangguan selepas gambar saya yang diambil dalam Instagram disebarkan,” luahnya. 

Dalam usaha menghentikan fitnah tersebut, Sam memuat naik gambar dirinya dalam Reddit. 

“Itu (suspek) bukan diri saya sebab saya tak tinggal di Texas. Saya mahu hidup dalam keadaan aman dan tak mahu diserang ketika keluar rumah,” jelasnya.

Susulan itu, syarikat pengendali Facebook dan Instagram, Meta membuang kandungan salah yang mendakwa Sam sebagai suspek penembak kerana kandungan tersebut mencabuli polisi buli dan gangguan. 

Rabu lalu, Salvador Ramos, 18, melepaskan tembakan rambang terhadap 19 kanak-kanak dan dua guru sehingga maut. 

Difahamkan, suspek tidak mempunyai ramai kawan dan kerap menyendiri memuat naik rancangan jahatnya dalam Facebook beberapa minit sebelum melepaskan tembakan. 

Suspek yang ditembak mati oleh anggota polis tidak mempunyai sebarang rekod jenayah mahupu sejarah kesihatan mental.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.