Terpaksa tahan malu setahun gara-gara kening Shin Chan

Terpaksa tahan malu setahun gara-gara kening Shin Chan

KEADAAN kening Crystal Weinstock sebelum dan selepas menjalani rawatan microblading di sebuah klinik.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS: Seorang wanita kecewa apabila keningnya kelihatan lebih ‘menakutkan’ selepas menjalani rawatan microblading. 

Lapor Daily Mail, Crystal Weinstock, 37, dari Houston sanggup membayar AS$340 (RM1,493) bagi menjalani rawatan tersebut. 

Ibu dua anak itu terkejut apabila mendapati jurusolek telah menyebabkan keningnya kelihatan lebih besar sehingga anaknya sendiri terlalu takut untuk mendekatinya, selain mirip watak animasi Crayon Shin Chan

Mangsa yang bekerja sebagai pakar pergigian itu sudah lama merancang untuk mendapatkan rawatan microblading pada keningnya sejak sekian lama.

Katanya, dia menghadiri sesi tersebut buat kali pertama pada November lalu, namun disebabkan berlaku pendarahan dia mencuba lagi semasa sesi kedua. 

“Saya sangat teruja untuk memiliki kening yang sempurna seperti ditunjukkan dalam gambar bagaimana keadaan kening yang akan dimiliki.

“Saya datang semula menjalani sesi kedua, Disember lalu, dan pendarahan masih berlaku dan pigmen tidak melekat pada kulit saya,” katanya. 

Microblading adalah cara separa kekal untuk membuat penampilan alis yang lebih penuh dan tebal. 

Rawatan itu melibatkan jarum kecil yang ditusuk ke kulit dengan menambahkan pigmen separa kekal bagi menghasilkan alis yang lebih penuh. 

Disebabkan kegagalan tersebut, Weinstock terpaksa mengunjungi klinik lain yang lebih jauh di Houston bagi menjalani rawatan membuang prosedur tersebut. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.