Takut dimarah suami, wanita pura-pura diculik - Utusan Malaysia

Takut dimarah suami, wanita pura-pura diculik

KETUA Polis Tabanan, Renefli Dian Candra - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis menafikan berlaku kejadian culik melibatkan seorang wanita berusia 19 tahun dari perkampungan Pandek Gede di Tabanan, Bali.

Lapor Kompas, Ketua Polis Tabanan, Renefli Dian Candra berkata, wanita dikenali sebagai DAT didapati mereka cerita palsu kononnya diculik oleh tiga lelaki hanya kerana takut dimarahi suaminya selepas pulang lewat malam bersama rakannya.

“Cerita itu direka kerana wanita itu keluar dengan rakan lelakinya hingga pukul 3 pagi (waktu tempatan), jadi dia takut untuk pulang.

“Dia membuat alasan demikian agar suaminya tidak marah,” katanya dalam satu sidang akhbar.

Menurut Renefli, plot penculikan itu terbongkar kerana dari awal lagi keterangan DAT sentiasa berubah.         

“Kami kemudian guna pendekatan psikologi sehingga DAT akhirnya mengaku mereka cerita diculik oleh tiga lelaki,” katanya.

“Oleh itu, bukan semua (pelaku) terlibat dalam komplot ini, dari awal lagi keterangan DAT berubah kerana dia mereka cerita,” katanya.

Sementara itu, Renefli berkata, polis membebaskan seorang lelaki yang ditahan setelah dituduh sebagai pelaku dalam penculikan berkenaan.

Katanya, DAT dibenarkan pulang ke rumah suaminya namun dia akan didakwa kerana membuat laporan palsu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya