Jangan mudah jatuh hukum – Nur Fazura - Utusan Malaysia

Jangan mudah jatuh hukum – Nur Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Watak Imani yang dilakonkan Nur Fazura menerusi drama Lelaki Itu menyedarkan pelakon tersebut agar tidak mudah menghakimi golongan ‘penyondol’.

Kata Fazura, wujud pelbagai faktor yang mendorong seseorang individu itu menjadi orang ketiga dalam rumah tangga orang lain. 

Justeru katanya tindak tanduk individu terbabit harus terlebih dahulu diniliai sebelum mereka dihukum.

“Kita tak boleh terus menerus hukum si penyondol, tak kisah dia bertudung atau tidak, yang penting apa niat sebenar. 

“Adakah dia memang nak rosakkan rumah tangga orang, terjatuh cinta dengan suami orang atau memang ada masalah tertentu yang kita tak tahu. 

“Macam kes sebelum ini, kita tak tahu keadaan sebenar yang berlaku dalam perkahwinan seseorang. Nak marah penyondol, tetapi kita tak tahu mungkin ada kelemahan isteri atau suami itu sendiri,” katanya yang ditemui sewaktu sesi tayangan episod akhir drama berkenaan, baru-baru ini

Lelaki Itu telah meraih sambutan yang luar biasa rekod tontonannya mencecah 1.13 billion.

Tambah pelakon berusia 40 tahun itu, orang ketiga tidak wajar sepenuhnya dipersalahkan kerana mungkin kehadiran mereka dalam perkahwinan orang lain mungkin disebabkan konflik dalaman rumah tangga yang gagal ditangani suami atau isteri terbabit. 

“Kita nak salahkan orang ketiga seratus peratus tak boleh juga, mungkin si suami tak jalankan tanggungjawab, misalnya beri nafkah untuk isteri dan anak secukupnya. 

“Atau si isteri juga tak jalankan tanggungjawab, jadi kita tak boleh nak menghukum dan salahkan penyondol semata-mata. Lelaki juga ada silap mereka, jadi kita tak boleh salahkan perempuan sahaja,” jelasnya lagi. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×