Sri Lanka tarik barik perintah berkurung - Utusan Malaysia

Sri Lanka tarik barik perintah berkurung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Pihak berkuasa Sri Lanka menarik balik perintah berkurung di seluruh negara, hari ini sempena sambutan Hari Wesak.

Bagaimanapun, perayaan keagamaan terpenting di Sri Lanka tidak disambut meriah ketika perdana menteri baharu bergelut menangani krisis ekonomi yang paling buruk.

Perintah berkurung di seluruh negara dikuatkuasa hampir sepanjang minggu lalu selepas rusuhan ganas berlaku sehingga mengakibatkan sembilan maut dan lebih 225 cedera.

Kejadian itu berlaku selepas serangan tercetus antara kumpulan penyokong kerajaan penunjuk perasaan.

Penunjuk perasaan di seluruh negara itu menuntut peletakan jawatan Presiden Gotabaya Rajapaksa berhubung krisis ekonomi terburuk di Sri Lanka.

Pihak berkuasa Sri Lanka mengisytiharkan cuti dan mengumumkan untuk menarik balik perintah berkurung yang dilaksanakan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak menyatakan tempoh atau sama ada akan menguatkuasa semula perintah berkurung berkenaan.

Krisis berterusan mendorong kerajaan membatalkan rancangan menyambut perayaan itu yang dijadualkan diadakan di sebuah kuil yang terletak di selatan pulau itu.

“Mengambil kira situasi ekonomi dialami kerajaan dan isu lain, kita tidak akan menyambut perayaan kali ini di Kuil Kuragala seperti dirancang sebelum ini,” kata seorang pegawai Kementerian. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya