Serangan gereja Los Angeles bukti AS negara pengganas

Serangan gereja Los Angeles bukti AS negara pengganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pihak berkuasa memberkas seorang pengganas dan merampas senjata disyaki digunakan dalam insiden tembakan di sebuah gereja berhampiran Los Angeles.   

Insiden yang berlaku Ahad lalu, menyebabkan seorang maut dan empat yang lain mengalami kecederaan parah. 

Pihak berkuasa memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Gereja Geneva Presbyterian, kira-kira pukul 1.30 tengah hari, Ahad lalu. 

Jabatan Syerif Orange County memaklumkan seorang lagi mangsa mengalami kecederaan ringan dan kesemua mangsa melibatkan orang dewasa.

Pejabat Gabenor California, Gavin Newsom berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan pegawai tempatan untuk memantau keadaan susulan kejadian itu. 

Sabtu lalu, Amerika Syarikat digemparkan dengan seorang lelaki yang berpakaian tentera melakukan penstriman langsung sambil melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai di sebuah pasar raya di Buffalo, New York. 

Insiden ganas itu menyebabkan 10 orang terkorban dan tiga yang lain cedera.-AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya