Selebriti Hollywod 'gila' pakai beg tangan kaca - Utusan Malaysia

Selebriti Hollywod ‘gila’ pakai beg tangan kaca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Sejak beberapa minggu lalu, semakin banyak selebriti Hollywood menggayakan beg tangan yang diperbuat daripada kaca sebagai pelengkap gaya mereka.

Pengeluar beg tangan berjenama mewah dari Paris, Coperni berkerjasama dengan penghasil produk kaca, Heven untuk menghasilkan beg tangan tersebut yang diberi nama Swipe.

Antara selebriti yang menggayakan beg tangan tersebut termasuk Kylie Jenner dan Doja Cat.

Beg tangan itu dianggarkan berharga AS$2,800 (RM12,237) dan masih belum dilancarkan secara rasmi.

Menerusi aplikasi TikTok, lebih lima juta pengguna menyaksikan beg tangan kaca tersebut dan kebanyakan mereka berharap dapat memiliki beg tangan berkenaan.

menurut Coperni, beg tangan itu dihasilkan menggunakan kaca yang tebal bagi mengelakkannya mudah retak sekali gus pecah.

Sementara itu, Haven memaklumkan beg tangan yang dihasilkan boleh digunakan sama seperti beg lain iaitu untuk meletak telefon bimbit dan beg duit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.