Russia jamin negara NATO boleh hancur setengah jam guna nuklear

Russia berani jamin negara NATO boleh hancur setengah jam guna nuklear

ANGGOTA bomba Ukraine memadamkan kebakaran selepas serangan udara Russia memusnahkan sebuah sekolah di Lugansk, timur Ukraine. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Russia meneruskan perang retorik terhadap Ukraine dan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Terbaharu, seorang daripada kroni paling rapat dengan Putin meneruskan retori Russia apabila mendakwa negara itu boleh ‘menghancurkan semua negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) hanya dalam masa setengah jam’.

“Jika perang nuklear berlaku, semua negara anggota NATO boleh lenyap dari muka bumi dalam masa setengah jam sahaja.

“Namun, Russia tidak akan benarkan itu (perang nuklear) berlaku kerana kesannya terhadap masyarakat dunia tidak boleh dibayangkan,” kata Dmitry Rogozin yang juga merupakan Ketua Agensi Angkasa Lepas Russia, Roscosmos.

Dalam pada itu Rogozin memberi amaran bahawa Russia tidak tergak-agak untuk ‘melancarkan misi perang’ dengan negara lain selepas Ukraine sekiranya mereka ‘cari pasal’.

Amaran itu juga tertakluk kepada semua negara anggota NATO yang kini dilihat terus menyokong dan mengulurkan bantuan kepada Ukraine.

Ancaman dan ugutan Russia untuk menggunakan senjata nuklear mula heboh diperkatakan sejak negara itu melancarkan perang terhadap Ukraine.

Namun sehingga kini, Agensi Perisikan Amerika Syarikat (CIA) menyatakan tiada sebarang tanda menunjukkan Moscow sebenarnya sudah bersedia untuk menggunakan senjata nuklear.

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan Tentera Darat Ukraine mendedahkan lebih 25,000 tentera Russia maut sejak peperangan tercetus pada 24 Februari lalu.

Selain itu, tentera Russia juga didakwa kehilangan sebanyak 1,130 kereta kebal, 199 pesawat, 156 helikopter, 509 sistem artileri dan 2,741 kenderaan perisai.

Data itu dikeluarkan ketika Presiden Russia, Vladimir Putin bersiap sedia menyambut Hari Kemenangan Russia hari ini.

Barat sebelum ini menganggarkan jumlah kematian tentera Russia adalah lebih rendah iaitu sekurang-kurangnya 15,000.

Pihak berkuasa Ukraine juga mendakwa Moscow kehilangan pegawai tinggi ketenteraannya yang ke-39 kelmarin.

Leftenan Kolonel Fezul Bichikaev, 36, dilaporkan terbunuh dalam pertempuran berhampiran bandar Kharkiv. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya