Penumpang ganti juruterbang pengsan daratkan pesawat

Penumpang ganti juruterbang pengsan daratkan pesawat

PESAWAT Cessna 208 Caravan kelihatan di ruang udara sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach, Florida.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Seorang penumpang yang tidak mempunyai pengalaman penerbangan berjaya mendaratkan pesawat Cessna 208 Caravan di Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach, Florida dengan selamat. 

Lapor Daily Mail, lelaki itu mendapat bantuan daripada pengawal trafik udara yang mencetak gambar kawalan kokpit pesawat dan membimbingnya mengenai beberapa langkah ketika melakukan penerbangan dan mendarat menerusi sistem navigasi.  

Robert Morgan yang berpengalaman selama 20 tahun dalam industri memberitahu, ketika itu dia membaca buku di luar selepas bertukar syif dengan rakan sekerja. 

Dia menerima panggilan kecemasan daripada penumpang tersebut yang cuba mendaratkan pesawat selepas juruterbang itu pengsan. 

Jelasnya, pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa di Marsh Harbour, Bahamas.

“Saya perlu pastikan dia bertenang dan menunjukkan arah ke landasan serta beritahu cara mendaratkan pesawat,” katanya. 

Sebaik sahaja pesawat itu mendarat, Morgan berkata, dia berlari keluar menemui penumpang itu dan mereka saling berpelukan. 

“Rasa sangat seronok dapat membantu seseorang kerana dia beritahu ingin pulang ke rumah untuk melihat isterinya yang sedang mengandung,” katanya. 

Juruterbang yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke hospital dan punca yang menyebabkan dia jatuh pengsan tidak diketahui.

Dalam pada itu, pakar penerbangan memberitahu CNN kejadian itu adalah perkara biasa bagi pesawat kecil seperti Cessna yang terbang dengan hanya seorang juruterbang dan melibatkan penerbangan peribadi. 

Jurucakap lapangan terbang mengesahkan pihaknya sedang menyiasat insiden itu dan tidak memberikan butiran lanjut mengenai keadaan juruterbang itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya