Pelan Sweden, Finland sertai NATO boleh terbantut   - Utusan Malaysia

Pelan Sweden, Finland sertai NATO boleh terbantut  

MENTERI Luar Turki, Mevlut Cavusoglu - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Rancangan Sweden dan Finland untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mungkin terbantut sekiranya Turki enggan memberikan sokongan.  

Bagaimanapun, NATO dan Amerika Syarikat (AS) percaya Turki tidak akan menghalang keahlian Finland dan Sweden dalam pakatan tentera Barat itu walaupun Ankara mengutarakan syarat tertentu.

Turki mengemukakan beberapa tuntutan pada acara sampingan mesyuarat menteri-menteri luar NATO berhubung isu Ukraine yang diadakan di Berlin.

Antara tuntutan tersebut adalah Turki mahu Finland dan Sweden menamatkan sokongan terhadap kumpulan militan kurdish di negara mereka.

Ankara juga menuntut kedua-dua negara Nordik itu menarik balik larangan penjualan beberapa senjata ke Turki.

Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu berkata, pihaknya sudah mengemukakan bukti bahawa `kumpulan pengganas’ berada di negara itu.

Katanya, seperti di Sweden, kumpulan militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang disenaraikan sebagai `pengganas’ oleh AS dan Kesatuan Eropah (EU), telah mengadakan mesyuarat di Stockholm hujung minggu lalu. 

“Negara-negara yang menyokong keganasan tidak seharusnya menjadi sekutu dalam NATO.

“Oleh itu, Finland dan Sweden mesti berhenti menyokong kumpulan pengganas dan memberi jaminan keselamatan yang jelas untuk menjadi ahli NATO,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya