Pelaksanaan hukuman mati global melonjak 60 peratus

Pelaksanaan hukuman mati global melonjak 60 peratus

AKTIVIS di Pakistan mengadakan protes membantah hukuman mati dilaksanakan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Jumlah hukuman mati yang dijalankan di seluruh dunia meningkat 20 peratus pada tahun lalu, manakala jumlah hukuman mati yang dikenakan turut bertambah 40 peratus.

Menurut laporan bulanan kumpulan hak asasi manusia Amnesty International, sekurang-kurangnya 579 pesalah menjalani hukuman mati di negeri yang mengekalkan hukuman tersebut.

“Peningkatan pelaksanaan hukuman mati pada tahun lalu didorong oleh pertambahan dalam angka tahunan bagi Iran (dari sekurang-kurangnya 246 pada 2020 kepada 314 pada tahun lalu), sekali gus menjadi jumlah tertinggi dalam rekod sejak 2017.

“Peningkatan hukuman mati di Iran juga melibatkan pesalah dadah iaitu seramai 132 orang atau mewakili 42 peratus daripada jumlah keseluruhan, selain merekodkan pertambahan lima kali ganda dari 2020,” jelas laporan tersebut yang dipetik Al Jazeera.

Angka tersebut tidak termasuk hukuman mati di China yang menyaksikan ribuan pesalah dihukum mati setiap tahun dan perkara itu dirahsiakan daripada antarabangsa.

Jelas Amnesty, selain China, jumlah hukuman mati di Korea Utara dan Vietnam juga dirahasiakan, menyebabkan penilaian global tidak dapat dilakukan secara menyeluruh.

Selain itu, pelaksanaan hukuman mati di Arab Saudi pada 2021 juga meningkat dua kali ganda berbanding 2020, manakala negara seperti Bangladesh, India dan Pakistan meluluskan lebih banyak hukuman mati.

Amnesty turut menyatakan negara-negara yang mengekalkan hukuman mati menjadikan kaedah tersebut sebagai ‘senjata’ menentang penunjuk perasaan dan kumpulan minoriti.

Di Myanmar, rampasan kuasa yang berlaku menyaksikan ‘banyak hukuman mati dikenakan’ dibawah undang-undang tentera.

Hampir 90 penduduk di negara itu dikenakan hukuman mati dengan sebahagian mereka tidak menghadiri sesi hukuman dibacakan di mahkamah.

Di sebalik peningkatan jumlah pelaksanaan hukuman mati, Amnesty memaklumkan trend global masih menyokong pemansuhan hukuman tersebut, dengan hanya 18 negara diketahui menjalankan hukuman berkenaan pada tahun lalu.

Jumlah itu merupakan yang terendah sejak rekod disimpan, selain sejumlah lagi negara mengambil langkah memansuhkan atau mengehadkan hukuman mati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya