NASA cari makhluk asing di Marikh - Utusan Malaysia

NASA cari makhluk asing di Marikh

KENDERAAN robotik, Perseverance memulakan perjalanan mencari tapak pensampelan. - NASA 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kenderaan robotik dilancarkan Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Perseverance mencapai detik penting dalam misi pencarian bukti kehidupan lampau di planet Marikh.

Lapor Daily Mail, kenderaan robotik yang mendarat di Planet Merah pada Februari tahun lalu, bakal memulakan perjalanan mencari tapak pensampelan yang mungkin mengandungi kehidupan mikrob dan organik purba.

“Robot beroda enam itu akan mula memanjat delta purba untuk mencari tapak pensampelan.

“Perjalanan itu dilakukan bagi meninjau ketika Perseverance bergerak sekitar mencari sampel batu untuk mengetahui sama ada kehidupan makhluk asing pernah wujud di Marikh.

“Ketika ia turun ke bawah, kenderaan robotik itu kemudian akan mengumpul beberapa spesimen dari Kawah Jezero dan meninggalkan sampel tersebut di dasar delta untuk diambil semula oleh misi akan datang,” jelas laporan itu.

Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) itu mahu sampel batu tersebut dibawa pulang ke bumi pada 2030 agar ia boleh dikaji secara terperinci.

Selain menunjukkan potensi kehidupan lampau di Planet Merah, para saintis juga berharap misi itu dapat mendedahkan lebih lanjut mengenai iklim Marikh dan bagaimana ia berkembang.

Pentadbir Bersekutu Jabatan Misi Sains NASA di Washington, Thomas Zurbuchen menyifatkan delta di Kawah Jezero merupakan antara lokasi terbaik di Marikh untuk mencari tanda-tanda kehidupan mikroskopik lampau.

“Jawapannya ada di luar dan pasukan Perseverance sudah bersedia untuk mencarinya,” katanya.     

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya