Musk sasar tingkat pendapatan Twitter RM115.36 bilion menjelang 2028 - Utusan Malaysia

Musk sasar tingkat pendapatan Twitter RM115.36 bilion menjelang 2028

ELON Musk
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Hartawan Elon Musk menyasarkan untuk meningkatkan pendapatan tahunan Twitter Inc kepada AS$26.4 bilion (RM115.36 bilion) menjelang tahun 2028.

Sasaran itu lebih tinggi berbanding jumlah pendapatan tahunan AS$5 bilion (RM21.85 bilion) yang dicatatkan syarikat media sosial itu pada tahun lalu.

Memetik laporan New York Times (NYT), pengiklanan akan menurun kepada 45 peratus daripada jumlah pendapatan di bawah pimpinan Musk, hampir 90 peratus lebih rendah pada 2020 sekali gus menjana AS$12 bilion (RM52.44 bilion) dalam pendapatan pada 2028.

Langganan pula dijangka menarik AS$10 bilion (RM43.7 bilion) lagi, jelas laporan itu.

Menurut laporan NYT, syarikat media sosial itu bakal membawa masuk AS$15 juta (RM65.55 juta) daripada perniagaan pembayaran pada 2023 yang kemudian akan meningkat kepada kira-kira AS$1.3 bilion (RM5.68 bilion) menjelang 2028.

Musk yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc. memeterai perjanjian untuk membeli Twitter dengan bayaran tunai sebanyak AS$44 bilion (RM191.5 bilion) sekali gus bakal menyaksikan pertukaran pemilikan platform media sosial itu.

Musk dijangka menjadi Ketua Pegawai Eksekutif sementara Twitter selepas melengkapkan pengambilalihan syarikat itu.

Bagaimanapun, Musk difahamkan akan melantik pengganti tetap bagi menggantikan CEO Twitter terdahulu, Parag Agrawal.

Menurut laporan TNY, Twitter Blue dijangka mempunyai 69 juta pengguna menjelang 2025.

Jelas laporan itu, Musk menjangkakan beliau mampu meningkatkan pendapatan purata Twitter bagi setiap pengguna kepada AS$30.22 (RM132.06) pada 2028 berbanding AS$24.83 (RM108.50) pada tahun lalu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya