Lukisan potret Marilyn Monroe dijual RM854.5 juta - Utusan Malaysia

Lukisan potret Marilyn Monroe dijual RM854.5 juta

LUKISAN Shot Sage Blue Marilyn yang dihasilkan oleh artis pop, Andy Warhol. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Lukisan potret Marilyn Monroe yang dihasilkan oleh artis pop, Andy Warhol mencipta rekod selepas berjaya dijual AS$195 juta (RM854.5 juta) dalam acara lelongan di New York.

Lapor The Guardian, potret ikonik yang dihasilkan pada 1964, dijual dalam masa kurang daripada empat minit bidaan.

Lukisan bertajuk Shot Sage Blue Marilyn yang dihasilkan selepas kematian pelakon filem itu pada 1962, menjadi karya seni abad ke-20 paling mahal pernah dijual.

Lukisan itu dijual dengan lelongan AS$170 juta (RM745.1 juta) dengan bayaran tambahan, menjadikan harga akhir AS$195 juta (RM854.5 juta).

Rekod sebelum ini dicatatkan pada 2015 apabila lukisan dihasilkan tahun 1955 oleh artis Pablo Picasso bertajuk Les Femmes d’Algers (Versi O) dijual AS$179.4 juta (RM786.3 juta).

Lukisan itu menjadi karya paling mahal dihasilkan oleh seorang artis Amerika Syarikat (AS) untuk dijual dalam acara lelongan.

Sebelum ini, rekod dipegang oleh lukisan dihasilkan pada 1982 oleh Jean-Michel Basquiat yang dilelong dengan harga AS$110.5 juta (RM484 juta), 2017.

Berdasarkan laporan, potret itu dibeli oleh seorang peniaga seni AS dan pemilik rangkaian galeri, Larry Gagosian.

Penjualan Shot Sage Blue Marilyn di rumah lelong, Christie’s juga memecahkan rekod Warhol yang terdahulu.

Shot Sage Blue Marilyn merupakan ‘kemuncak mutlak Pop Amerika’.

“Lukisan itu mengatasi genre potret, menggantikan seni dan budaya abad ke-20,” kata Pengerusi Seni Abad ke-20 dan ke-21 di Christie’s, Alex Rotter.

Tajuk lukisan itu berdasarkan gambar promosi Monroe untuk filem Niagara, merujuk insiden seorang wanita menggunakan pistol untuk menembak timbunan empat potret Marilyn di studio Warhol.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya