Korea Utara lancar peluru berpandu dari kapal selam - Utusan Malaysia

Korea Utara lancar peluru berpandu dari kapal selam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan peluru berpandu dari kapal selam, hari ini.

Ia merupakan pelancaran kedua dalam tempoh tiga hari selepas Amerika Syarikat (AS) memberi amaran Korea Utara bersiap sedia menjalankan ujian nuklear.

“Tentera kami mengesan pelancaran peluru berpandu jarak dekat kira-kira pukul 2.07 petang.

“Ia mungkin peluru berpandu balistik dari kapal selam (SLBM) dilancarkan dari perairan Sinpo, Selatan Hamgyong,” kata Ketua Turus Bersama Seoul dalam satu kenyataan.

Sinpo merupakan limbungan kapal tentera laut utama di Korea Utara dan beberapa gambar satelit sebelum ini menunjukkan kapal selam berada di kemudahan itu.

Pengawal pantai Jepun, yang memetik maklumat dari Kementerian Pertahanannya, berkata Korea Utara melancarkan objek berkemungkinan peluru berpandu balistik.

Mereka juga memberi amaran kepada kapalnya untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Korea Utara meningkatkan pelancaran peluru berpandu pada tahun ini termasuk menjalankan 15 ujian senjata. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya