Israel kecam Russia, dakwa Hitler berketurunan Yahudi - Utusan Malaysia

Israel kecam Russia, dakwa Hitler berketurunan Yahudi

MENTERI Luar Russia, Sergei Lavrov - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel mengecam kenyataan Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov yang mendakwa pemimpin Nazi, Adolf Hitler `mempunyai darah keturunan Yahudi’.

Lavrov dikatakan membuat kenyataan itu untuk cuba mewajarkan gambaran Russia terhadap Ukraine sebagai `Nazi’ walaupun hakikatnya presiden negara itu berbangsa Yahudi.

Memetik laporan BBC, Kementerian Luar Israel memanggil Duta Russia untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan tersebut dan menuntut permohonan maaf.

Lavrov membuat kenyataan itu dalam satu wawancara di program televisyen Itali, Zona Bianca pada Ahad lalu, beberapa hari selepas Israel menandakan Hari Peringatan Holocaust.

Lavrov ditanya mengenai dakwaan Russia kononnya berusaha menghapuskan elemen Nazi di Ukraine sedangkan Presiden Volodymyr Zelensky sendiri berbangsa Yahudi.

“Saya mungkin salah tetapi Hitler juga mempunyai darah Yahudi. (Zelensky berbangsa Yahudi) ia bermakna tiada apa-apa.

“Kami pernah dengar orang Yahudi berkata bahawa golongan yang mendukung fahaman antisemitik ekstrem adalah daripada kalangan Yahudi itu sendiri,” katanya.

Kenyataan Lavrov menerima kecaman hebat dalam kalangan pemimpin politik Israel.

Menteri Luar Israel, Yair Lapid mengutuk keras dan menyifatkan kenyataan Lavrov sebagai `tidak boleh dimaafkan’.

Ketua Tugu Peringatan Holocaust Yad Vashem Israel, Dani Dayan turut mengecam kenyataan menteri luar Russia itu.

“Sebahagian besar kenyataan pemimpin itu tidak masuk akal dan amat berbahaya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya