Iraq luluskan RUU tolak hubungan dengan Israel

Iraq luluskan RUU tolak hubungan dengan Israel

PENYOKONG Muqtada al-Sadr berkumpul di Dataran Tahrir, Baghdad.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD: Parlimen Iraq meluluskan rang undang-undang (RUU) mengenai pengharaman hubungan dengan negara pengganas Israel. 

RUU yang menjenayahkan normalisasi hubungan dengan entiti Zionis berkenaan akan menjatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup kepada mana-mana pihak sekiranya dilanggar.  

RUU yang diluluskan ketika sesi persidangan, Khamis lalu, menyaksikan seramai 275 perwakilan mengundi daripada 329 ahli dewan. 

Parlimen Iraq dalam kenyataan menjelaskan undang-undang baharu itu adalah ‘cerminan sebenar kehendak rakyat’.

Agensi Berita Iraq (INA) melaporkan perundangan baharu itu akan mendatangkan risiko bagi syarikat yang bekerja di Iraq sekiranya didapati melanggar undang-undang yang terpakai kepada semua rakyat negara itu, termasuk institusi negara, badan bebas serta warga asing bekerja di Iraq. 

RUU itu dicadangkan oleh Ulama Syiah, Muqtada al-Sadr yang menentang kuat hubungan rapat dengan Amerika Syarikat dan Israel. 

Dalam pilihan raya Oktober lalu, parti yang diwakili oleh Muqtada memenangi lebih banyak kerusi di Parlimen. 

Muqtada kemudian menyeru rakyat Iraq turun ke jalanan bagi menyambut ‘pencapaian besar’ perundangan tersebut. 

Ratusan penduduk dilihat berkumpul di Dataran Tahrir, tengah Baghdad sambil melaungkan slogan anti-Israel. 

Iraq tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Israel dan kebanyakan kuasa politik enggan menormalisasi hubungan dengan negara haram itu.

Rakyat Iraq dan sebarang syarikat juga tidak dibenarkan mengunjungi Israel. 

Jordan, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE),Sudan, Bahrain serta Maghribi mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.-AGENSI  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya