Indonesia yakin bekalan dan harga minyak masak sudah pulih

Indonesia yakin bekalan dan harga minyak masak sudah pulih

Indonesia
KERAJAAN Indonesia yakin bekalan minyak masak di negara itu sudah pulih selepas larangan eksport minyak sawit dilaksanakan. - ANTARAFOTO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Bermula semalam, kerajaan Indonesia membuka semula eksport minyak sawit mentah (CPO) dan bahan mentah minyak masak.

Keputusan itu dibuat selepas kerajaan negara ini yakin harga minyak masak yang sebelum ini melambung tinggi sudah kembali stabil.

Menteri Penyelaras Bidang Ekonomi, Airlangga Hartarto berkata, harga minyak masak pukal di beberapa daerah ketika ini sudah turun iaitu sekitar 17,200 hingga 17,600 rupiah seliter (RM5.15 hingga (RM5.27).

Katanya, sebelum larangan eksport dilaksanakan, harga bahan tersebut adalah 19,800 rupiah seliter (RM5.93).

“Penurunan harga itu menyebabkan bekalan minyak masak kembali pulih iaitu pada April lalu, lebih 100 peratus bekalan minyak boleh didapati dalam pasaran.

“Jumlah itu sekali gus melebihi keperluan bulanan negara berbanding 33.2 peratus sahaja sebelum larangan eksport minyak sawit dilakukan,” katanya kepada Kompas.com.

Terdahulu, negara kepulauan itu mengeluarkan larangan bulan lalu untuk mendapatkan bekalan komoditi itu, yang digunakan dalam pelbagai barangan daripada taburan coklat kepada kosmetik, dalam menghadapi kekurangan dalam negara.

Tindakan itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengeluar minyak sawit sehingga menyebabkan mereka mengadakan bantahan di Jakarta dan beberapa bandar di Indonesia dengan mengadu harga buah kelapa sawit menurun drastik sehingga merugikan mereka.

Dalam pada itu, Airlangga menegaskan, bagi menurunkan harga minyak masak sehingga 14,000 rupiah seliter (RM4.19), Biro Logistik Indonesia perlu menyediakan simpanan bahan tersebut bagi mengelakkan masalah sama berulang.

Beliau turut memberi jaminan pengedaran minyak masak akan dilakukan dengan kawalan ketat dan bersepadu.

“Kerajaan akan berusaha untuk memastikan masalah sama tidak berulang.

“Semua proses berkaitan pengedaran minyak masak dan bekalannya akan diuruskan secara ketat dan bersepadu oleh pihak berkaitan,” tegas Airlangga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya