Heboh 'Kim Jong-un' menyanyi lagu dangdut

Heboh ‘Kim Jong-un’ menyanyi lagu dangdut

Kim Jong-un
TANGKAP layar video yang menunjukkan seorang lelaki mirip Kim Jong-un membuat persembahan dangdut di Sumatera Selatan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATERA: Sebuah video tular yang menunjukkan seorang lelaki mirip pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menyanyikan lagu dangdut di dalam satu majlis perkahwinan menjadi bualan pengguna media sosial.

Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat memakai pakaian hampir serupa dengan penampilan Jong-un iaitu jaket dan seluar berwarna hitam, selain gaya rambut juga sama.

Video itu dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali Mustika.

Menurutnya, video tersebut dirakam ketika majlis perkahwinan jirannya pada 8 Mei lalu di Kota Lubuklinggau, Sumatera Selatan.

Pada awalnya, dia tidak perasan lelaki itu mirip dengan pemimpin Korea Utara sehinggalah diberitahu oleh adiknya.

“Selepas makan, saya diberitahu oleh adik bahawa lelaki yang menyanyi lagu dangdut di atas pentas itu kelihatan serupa dengan Jong-un.

“Disebabkan itu, saya segera merakam video persembahannya dan berkongsi dalam TikTok.

“Kebanyakan pengguna media sosial mengakui wajah lelaki itu mirip Jong-un dan video saya mula tular,” katanya seperti yang dilapor Kompas.com.

Jelas Mustika, video tersebut sudah ditonton lebih 3.8 juta pengguna TikTok dan mendapat tanda Like kira-kira 551,000, selain memperoleh 30,200 komen.

Dalam pada itu, lelaki tersebut dikenali sebagai Wakacung Tanaraya dan memaklumkan ramai yang menyamakan dia dengan Jong-un.

“Saya sering dipanggil Jong-un oleh rakan-rakan dan sejak itu, saya mula meniru gaya pemimpin tersebut sehingga gaya rambutnya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya