Harga haiwan korban naik 50 peratus

Harga haiwan korban naik 50 peratus

BINATANG ternakan seperti lembu yang dijual di Sibreh, Aceh.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Wabak penyakit kuku dan mulut (FMD) yang menjangkiti ternakan di beberapa daerah akan menyebabkan kenaikan harga haiwan korban sehingga mencecah 50 peratus sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Seorang penternak, Mufti Bangkit Sanjaya berkata, harga bagi seekor lembu seberat 400 kilogram (kg) akan meningkat kepada 30 juta rupiah (RM9,025) berbanding 20 juta rupiah (RM6,017) sebelum ini. 

“Modal sudah meningkat 30 peratus, belum lagi modal pusingan dan margin keuntungan.

“Harga daging lembu bagi setiap kilogram akan meningkat 70,000 rupiah (RM21) berbanding 58,000 rupiah (RM17) sebelum ini,” katanya lapor Tribunnews.  

Mufti berkata, beberapa lembu yang berasal dari kawasan wabak FMD seperti Aceh, Sumatera dan Jawa Timur tidak dibenarkan memasuki Jabodetabek. 

Katanya, setiap lembu korban juga perlu menjalani kuarantin selama 14 hari bagi memastikan bebas daripada gejala FMD. 

“Perkara ini sangat menjejaskan soal harga dan sudah tentu merungsingkan peniaga lembu,” katanya. 

Susulan itu, pihak pemerintah diminta mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan jangkitan FMD kepada haiwan ternakan. 

Anggota Suruhanjaya IV DPR, Slamet berkata, Kementerian Pertanian perlu melakukan penyelarasan dengan kerajaan tempatan dalam mengehadkan pergerakan haiwan yang dijangkiti wabak. 

Jelasnya, kerajaan tempatan mempunyai peralatan mencukupi sehingga peringkat penternak kecil bagi mencegah penularan FMD. 

“Jalankan kempen mendidik kepada golongan penternak dan sediakan vaksin bagi tempoh jangka panjang,” katanya. 

Slamet berkata, masalah wabak FMB dapat diatasi dengan melupuskan haiwan yang dijangkiti. 

Namun, pihak kerajaan perlu memberikan ganti rugi kepada penternak kecil atau sebarang bantuan yang dapat meringankan beban rakyat. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya