Covid-19: Angka korban AS hampiri sejuta - Utusan Malaysia

Covid-19: Angka korban AS hampiri sejuta

PENDUDUK menerima suntikan vaksin Covid-19 di sebuah pusat vaksinasi di Stadium Gillette di Foxborough, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS). - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Jumlah korban akibat virus Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) bakal melepasi angka sejuta.

“Situasi ini ini tidak diduga akan berlaku dan ia amat menakutkan,” kata Diana Berrent yang merupakan antara individu pertama di New York dijangkiti virus tersebut.

Jumlah korban di negara ini jauh melebihi ramalan yang dilakukan oleh pakar epidemiologi ketika krisis wabak bermula pada musim bunga 2020.

Bandar New York menjadi pusat virus, menyaksikan virus dengan hospital dan bilik mayat sesak.

Dua tahun selepas itu, kehidupan sebahagian besar masyarakat di bandar raya ini kembali normal apabila penduduk cuba ‘mengalihkan trauma mereka’ dengan melakukan perkara yang biasa mereka jalani.

“Tanpa ragu-ragu, anda boleh rasa semula ‘tenaga orang ramai di jalanan’,” kata Presiden Kumpulan Peningkatan Perniagaan di Midtown dan Manhattan, Alfred Cerullo kepada AFP.

Kebangkitan semula penduduk di New York sebahagian besarnya disumbangkan oleh kejayaan program vaksinasi Covid-19 yang dijalankan.

Kira-kira 88 peratus penduduk dewasa di bandar raya ini sudah lengkap vaksinasi dan ditambah dengan program suntikan doa penggalak.

Pemilik restoran Carmine berhampiran Times Square, Jeffrey Bank, berkata jualan di kedai makannya lebih baik berbanding 2019 kerana penduduk dan pelancong menggantikan masa yang hilang.

“Orang ramai duduk di rumah selama dua tahun. Mereka mahu meraikan dan mereka berhak,” ujarnya.

Namun, masih terdapat banyak kedai kekal kosong dan hanya 38 peratus pekerja pejabat Manhattan berada di pejabat pada purata hari bekerja, menurut Kastle Systems, firma keselamatan yang menjejaki penghuni bangunan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya