Cacar monyet merebak, 92 kes positif direkodkan

Cacar monyet merebak, 92 kes positif direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan lebih banyak kes penyakit cacar monyet dikesan selepas pihaknya menjalankan pemantauan di negara yang tidak merekodkan lagi kes tersebut.  

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, pihaknya akan menyediakan panduan dan cadangan lanjut dalam tempoh beberapa hari akan datang mengenai langkah untuk mengurangkan penyebaran cacar monyet. 

Pakar Penyakit Berjangkit WHO, David Heymann berkata, penyakit merebak menerusi kontak rapat dan boleh dikawal dengan mudah melalui kuarantin dan mengamalkan kebersihan. 

“Maklumat yang tersedia memaklumkan penularan dari manusia ke manusia berlaku dalam kalangan individu yang mempunyai hubungan fizikal rapat dengan kes bergejala. 

“Jangkitan boleh merebak dalam bentuk hubungan seksual dan alat kelamin sehingga penularan meningkat di seluruh dunia,” katanya. 

WHO memaklumkan sebanyak 92 kes positif direkodkan termasuk 28 kes suspek cacar monyet dari 12 negara anggota yang bukan endemik bagi wabak itu.

Cacar monyet adalah penyakit berjangkit yang menyebabkan simptom ringan dan diklasifikasikan sebagai wabak endemik di sebelah barat dan tengah Afrika. 

Heymann berkata, jawatankuasa pakar antarabangsa yang bermesyuarat menerusi sidang video akan melihat keperluan untuk mengkaji mengenai penularan dan berkomunikasi dengan orang awam. 

“Mesyuarat diadakan kerana situasi mendesak, bagaimanapun jawatankuasa terlibat bukan entiti yang mencadangkan untuk pengisytiharan kecemasan kesihatan awam yang menimbulkan kebimbangan antarabangsa seperti pandemik Covid-19,” katanya. 

Menurut Heymann, kontak rapat adalah saluran jangkitan utama kerana kebiasaannya luka penyakit tersebut sangat mudah menular. 

“Banyak kes yang direkodkan ketika ini dikesan di klinik kesihatan seksual.

“Sebab itu, beberapa negara mula mengerahkan pasukan untuk merawat pesakit cacar monyet menggunakan vaksin cacar,” jelasnya.-REUTERS   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN