AS buka semula kedutaan di Kyiv - Utusan Malaysia

AS buka semula kedutaan di Kyiv

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) membuka semula kedutaannya di Kyiv, selepas hampir tiga bulan ditutup berikutan insiden pencerobohan Rusia di Ukraine.

Lapor Al Jazeera, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berkata, Washington tetap komited untuk membantu Ukraine di tengah-tengah pencerobohan Russia.

“Rakyat Ukraine dengan bantuan keselamatan AS mempertahankan tanah air mereka dalam menghadapi pencerobohan tidak wajar oleh Russia.

“Oleh itu, bendera AS akan berkibar semula di Ukraine,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Blinken, dengan mengambil kira peperangan di Ukraine semakin berterusan, AS sudah meningkatkan aspek kawalan untuk menjamin keselamatan kakitangan yang akan kembali ke Kyiv.

Malah, katanya, AS juga sudah menambah baik protokol kawalan.

Dilaporkan, Presiden Joe Biden menamakan Bridget Brink sebagai Duta AS ke Ukraine yang baharu.

Brink pernah berkhidmat sebagai Duta AS ke Slovakia sejak tahun 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya