Amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa bumi di Rantau Timor

Amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa bumi di Rantau Timor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sistem Amaran dan Tebatan Tsunami Lautan Hindi (IOTWMS) mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter melanda pantai Timor Timur, hari ini.

Kumpulan penasihat Tsunami turut memaklumkan gempa bumi itu mungkin berupaya menghasilkan gelombang tsunami hingga boleh menjejaskan rantau Laut Hindi.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan, gempa berlaku pada kedalaman 51.4 kilometer dari hujung timur Pulau Timor yang terbelah antara Timor Timur dan Indonesia.

Timor Timur terletak di Lingkaran Api Pasifik sering mengalami gempa bumi.

Negara yang mempunyai populasi 1.3 juta orang adalah negara termuda di Asia Tenggara yang baru meraikan ulang tahun ke-20 kemerdekaannya.

Februari lalu, gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter yang melanda Sumatera Utara mengorbankan sejumlah orang.

Pada 2004, gempa bumi berukuran 9.1 skala Richter melanda pantai Sumatera dan mencetuskan tsunami yang mengorbankan 220,000 orang di seluruh wilayah itu, termasuk kira-kira 170,000 di Indonesia.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya