Ada bukti baharu tunjuk China tindas Uighur

Ada bukti baharu tunjuk China tindas Uighur

Uighur
SEBUAH kemudahan dipercayai merupakan kem pendidikan yang menahan etnik Uighur di wilayah Xinjiang, barat laut China. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Dakwaan China menindas etnik minoriti Islam Uighur di wilayah Xinjiang kembali menjadi agenda global selepas sejumlah dokumen mengenai penindasan itu didedahkan.

Dokumen berkenaan muncul ketika kunjungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke wilayah tersebut.

Pejuang hak asasi antarabangsa menuduh pihak berkuasa China menindas etnik Uighur yang beragama Islam, malah Amerika Syarikat (AS) lantang mendakwa Beijing melakukan penghapusan etnik secara besar-besaran.

Namun, sehingga kini Beijing menafikan semua tuduhan tersebut, sebaliknya menekankan tindakan tegas dikenakan terhadap Uighur bertujuan menghapuskan keganasan dan membangunkan ekonomi mereka.

Berdasarkan semakan AFP terhadap dokumen kerajaan pada 2018, pengawal penjara yang menempatkan tahanan Uighur dilengkapi dengan gas pemedih mata, senapang dan belantan berpaku.

Mereka juga diarahkan untuk menembak mana-mana tahanan sekiranya mereka tidak patuh arahan.

Pendedahan itu dibuat ketika Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Michelle Bachelet melawat Xinjiang.

Selain itu, tahanan wanita Uughur pula dimandukan secara paksa, selain mereka tidak dibenarkan mengamalkan budaya agama malah bahasa tradisi.

Sejumlah 16,000 masjid di Xinjiang dengan dua per tiga daripada jumlah keseluruhan sudah dimusnahkan atau dirosakkan sejak 2017. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN