Twitter: EU, UK beri amaran kepada Musk - Utusan Malaysia

Twitter: EU, UK beri amaran kepada Musk

ELON Musk
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran kepada Twitter Inc. untuk mematuhi beberapa peraturan baharu berkaitan kandungan dalam talian di negara itu.

Sekiranya gagal berbuat demikian, syarikat media sosial itu boleh didenda atau disekat sepenuhnya.

Amaran itu dibuat ketika terdapat kebimbangan bahawa ucapan berunsur kebencian dikhuatiri akan meningkat di platform itu dibawah pemilikan Elon Musk.

Lapor The Guardian, seorang jurucakap kerajaan UK memaklumkan Twitter Inc harus mematuhi rang undang-undang keselamatan dalam talian yang akan datang.

Peraturan itu mewajibkan platform media sosial melindungi pengguna daripada kandungan berbahaya atau bakal berdepan sekatan besar.

“Twitter dan semua platform media sosial mesti melindungi pengguna masing-masing daripada bahaya di laman mereka.

“Kami akan memperkenalkan undang-undang keselamatan dalam talian baharu untuk melindungi kanak-kanak, mengelakkan perbuatan menindas dan menjamin kebebasan bersuara.

“Semua firma teknologi dengan pengguna di UK harus mematuhi undang-undang baharu itu atau berdepan denda yang tinggi atau laman mereka boleh disekat,” katanya.

Semalam, Musk yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc. memeterai perjanjian untuk membeli Twitter dengan bayaran tunai sebanyak AS$44 bilion (RM191.5 bilion) sekali gus menyaksikan pertukaran pemilikan platform media sosial itu.

Pesuruhjaya EU untuk pasaran dalaman, Thierry Breton pula memaklumkan bahawa Musk perlu mematuhi Akta Perkhidmatan Digital yang baharu dipersetujui.

Akta itu memerlukan semua platform dalam talian menangani kandungan menyalahi undang-undang seperti ucapan kebencian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya