TNI kritik pos pemantau sempadan Indonesia-Malaysia daif

TNI kritik pos pemantau sempadan Indonesia-Malaysia daif

POS pemantau Sei Ular ini disifatkan tidak layak digunakan oleh pasukan keselamatan Indonesia kerana tidak dilengkapi peralatan dan teknologi yang sewajarnya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NUNUKAN: Keprihatinan penduduk di sempadan Indonesia-Malaysia di kawasan Sei Ular, Nunukan di Kalimantan Utara terhadap kawalan keselamatan mendapat perhatian pihak berkuasa negara ini.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan membangunkan pos pemantauan di sepanjang tebing sungai yang menghubungkan kedua-dua sempadan.

Kos pembinaan pos pemantauan tersebut dianggarkan berjumlah 80 juta rupiah (RM24,178).

Namun, pos pemantauan tersebut disifatkan tidak layak dan tidak memenuhi standard pos kawalan sempadan.

Ketua Daerah Nunukan, Asmin Laura Hafid berkata, pos pemantauan itu dibangunkan untuk memudahkan pasukan keselamatan menjalankan tugas berkawal di kawasan sempadan, sekali gus menjaga keselamatan negara.

Katanya, pos tersebut juga dibangunkan atas inisiatif penduduk setempat dan berharap ia dapat digunakan sebaik mungkin untuk tujuan keselamatan.

Bagaimanapun, beliau mengakui keadaan pos pemantau tersebut tidak dapat berfungsi secara optimal.

“Pos itu mula dibina sejak Mei 2021 dan menelan belanja 80 juta rupiah, namun sehingga kini belum siap sepenuhnya kerana kekurangan bahan binaan,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Akibatnya, sehingga hari ini pos pemantauan itu tidak dapat digunakan oleh pasukan keselamatan, termasuk anggota tentera.

Jurucakap Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang berkhidmat di kawasan sempadan Indonesia-Malaysia, Yudhi Irawan menyatakan, pos pemantau itu perlu dibangunkan bersesuaian dengan tanggungjawab yang diserahkan kepada pasukan keselamatan untuk menjaga kedaulatan negara.

“Pembinaan pos pemantau itu tidak selaras dengan keperluan pasukan keselamatan, walhal pasukan bertindak sebelum ini juga sudah maklumkan bahawa pembinaannya tidak menepati piawaian yang ditetapkan.

“Pos pemantau yang dibangunkan perlulah lengkap dengan peralatan dan teknologi yang sepatutnya. Bukan sekadar ada,” ujarnya.

Sei Ular merangkumi sungai yang terbahagi kepada dua kawasan, iaitu separuh daripadanya milik Indonesia dan sebahagian lagi milik Malaysia.

Kawasan itu sering menyaksikan warga Indonesia ditahan pihak berkuasa Malaysia kerana didakwa melakukan pencerobohan.

Sehubungan itu, pembinaan pos pemantau berkenaan diharap dapat mengurangkan penahanan dan kemasukan rakyat negara ini ke Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya