Tidak tulis nama, 1,000 pelajar gagal peperiksaan kemasukan universiti

Tidak tulis nama, 1,000 pelajar gagal peperiksaan kemasukan universiti

PELAJAR berjalan melepasi Istana Besar di Bangkok, Thailand. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Gara-gara tidak menulis nama dan nombor siri,  kira-kira 1,000 pelajar Thailand dilaporkan gagal dalam peperiksaan kemasukan ke universiti awam di negara itu.

Lapor Bangkok Post, pelajar mendakwa penyelia peperiksaan memaklumkan mereka tidak perlu mengisi dua maklumat tersebut pada pada kertas peperiksaan mereka.

“Mereka percaya dan mengikut arahan berkenaan.

“Malangnya, Majlis Presiden Universiti Thailand (CUPT) enggan menyemak kertas peperiksaan mereka kerana tidak mematuhi garis panduan rasmi yang memerlukan pelajar menyatakan nama dan nombor siri pada helaian masing-masing,” jelas laporan itu.

Selepas gagal dan mendapat markah sifar kerana tidak mematuhi garis panduan pengesahan rasmi, sekumpulan pelajar mendesak Menteri Pendidikan Tinggi Sains, Penyelidikan dan Inovasi, Anek Laothamatas untuk menyiasat perkara tersebut.

Pelajar berkenaan meminta Laothamatas meneliti semula keputusan peperiksaan kemasukan universiti mereka.

Markah bagi Ujian Aptitud Am (GAT) dan Ujian Aptitud Profesional (PAT) bagi pelajar yang mahu memasuki universiti diumumkan pada minggu lalu.

Peperiksaan itu merangkumi dua bahagian dalam bahasa Thailand dan Inggeris yang mana kedua-duanya membawa markah maksimum 150.

Bagaimanapun, beberapa pelajar berasa terkejut selepas diberikan markah sifar pada bahagian bahasa Thailand dalam peperiksaan GAT.  

Dalam pada itu, seorang pelajar berkata, dia berusaha untuk memasuki universiti idamannya selama empat tahun dan kini terpaksa menunggu setahun lagi untuk menduduki semula peperiksaan berkenaan.

Dia juga menggesa pihak berkaitan untuk menyemak semula kertas peperiksaan dan menyokong pelajar dalam mendapatkan markah sewajarnya bagi membolehkan golongan itu belajar di universiti pilihan mereka.                 

Sementara itu, pengurus Sistem Kemasukan Universiti Thailand memaklumkan CUPT sudah berhubung dengan penyelia peperiksaan selepas menerima bantahan daripada 1,000 pelajar.

“Penyelia bertanggungjawab itu salah faham mengenai soalan pelajar yang menanyakan sama ada mereka perlu menandatangani nama sebelum keluar dari dewan peperiksaan.

“Mereka kesuntukan masa dan tidak dapat membuat sebarang perubahan.  

“Situasi sama tidak hanya berlaku di satu lokasi peperiksaan tetapi seluruh Thailand,” jelas laporan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya