Takut dimarahi isteri kerana mabuk, lelaki tipu dipukul samseng

Takut dimarahi isteri kerana mabuk, lelaki tipu dipukul samseng

SUSPEK (pelitup muka putih) ketika ditahan polis kerana mendakwa dirinya menjadi mangsa pukul kumpulan samseng di Yogyakarta, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YOGYAKARTA: Gara-gara mabuk dan bergaduh sesama rakannya, seorang lelaki sanggup menipu isterinya bahawa dia menjadi mangsa pukul kumpulan individu tidak dikenali.

Jurucakap polis, Ary Syam Indradi berkata, kes itu berlaku kerana lelaki berkenaan takut dimarahi isterinya kerana mabuk dan bergaduh.

“Lelaki itu bersama beberapa rakannya minum minuman beralkohol sehingga mabuk dan berlaku pertengkaran sesama mereka sebelum tercetusnya pergaduhan sehingga bertumbuk.

“Selepas kejadian itu, lelaki tersebut pulang ke rumahnya dan memaklumkan kepada isterinya bahawa dia menjadi mangsa pukul sekumpulan lelaki tidak dikenali.

“Isterinya mempercayai perkara itu dan suspek turut menceritakan hal yang sama kepada rakannya yang lain,” katanya kepada Kompas.com.

Beberapa hari kemudian, kisah lelaki itu yang kononnya dipukul sekumpulan samseng menjadi tular dalam media sosial sehingga mendapat perhatian polis untuk melakukan siasatan.

Malahan, lelaki itu tetap ‘meneruskan penipuannya’ dengan menceritakan seolah-olah dia benar-benar menjadi mangsa pukul samseng.

Selepas siasatan dilakukan dan mendapatkan keterangan beberapa rakannya, polis mendapati lelaki tersebut menipu dan hanya mereka cerita.

Lelaki itu kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan dan mengakui dia hanya mereka cerita kerana takut dimarahi isteri berikutan mabuk dan bergaduh bersama rakannya.

Polis menyifatkan kesalahan itu sebagai serius kerana menyebarkan maklumat salah dan mengelirukan.

Polis memaklumkan, jika disabit kesalahan, lelaki itu boleh dihukum penjara 10 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya