PETALING JAYA: Malaysia Airports mencatatkan pertumbuhan kukuh di seluruh rangkaian tempatannya pada suku pertama 2026, dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencatatkan 16.9 juta pergerakan penumpang, naik 14.4 peratus tahun ke tahun. Menurut kenyataannya, lapangan terbang tempatan mengendalikan 9.1 juta pergerakan penumpang pada Mac, dengan KLIA menyumbang 5.6 juta. Tempoh Hari Raya Aidilfitri dari 14 hingga 29 Mac merupakan pemacu utama, dengan lebih 3.1 juta penumpang melalui KLIA. Pada…










